fbpx

Dua pegawai kanan tentera dipanggil polis kes cabul kedi golf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR GAJAH – Dua pegawai kanan tentera dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung laporan membabitkan kes cabul seorang kedi wanita di sebuah kelab golf di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kedua-dua pegawai berkenaan dipanggil pada 6 Oktober lalu susulan laporan yang dibuat oleh mangsa yang berusia 21 tahun.

“Polis menerima laporan pada 5 Oktober lalu daripada wanita tersebut mendakwa telah dicabul oleh dua lelaki sewaktu bekerja di kelab golf berkenaan.

“Berdasarkan kepada laporan tersebut, kita telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan kedua-dua individu terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Jelasnya, siasatan lanjut mendapati kedua-dua lelaki tersebut merupakan pegawai kanan tentera berusia 51 dan 52 tahun yang berkhidmat di sebuah kem tentera di Negeri Sembilan.

“Individu ini masing-masing berpangkat Leftenan Kolonal. Salah seorang daripada mereka turut membuat laporan polis menafikan kejadian tersebut.

“Satu lagi laporan dibuat oleh rakan sekerja mangsa berusia 35 tahun yang memaklumkan dia tidak melihat kejadian berkenaan. Bagaimanapun sehingga kini siasatan masih diteruskan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI