fbpx

[VIDEO] Penganggur meringkuk dalam jel 14 hari, curi duit syiling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Nurhakim dijel 14 hari selepas mengaku bersalah menyimpan harta curi iaitu duit syiling di Mahkamah Majistret Muar hari ini.

MUAR – Seorang penganggur meringkuk dalam penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri duit syiling milik seorang pemuda, minggu lalu.

Majistret Fatin Dalilah Khalid menjatuhkan hukuman penjara selama 14 hari ke atas tertuduh, Amir Nurhakim Abd Khalid, 22, selepas lelaki itu membuat pengakuan sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, Amir Nurhakim didakwa secara tidak jujur menyimpan harta curi iaitu sebuah botol yang telah dipotong berwarna merah berisi beberapa keping duit syiling milik seorang pemuda berusia 30 tahun.

Kesalahan itu dilakukan lelaki itu di sebuah kuarters perumahan di Pagoh di sini pada pukul 11.45 pagi, 2 Oktober.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Siti Rohayu Salleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, pada 16 September pada pukul 11 pagi, pengadu meninggalkan rumahnya di NSC Kuarters KKS Pagoh, Bukit Pasir dalam keadaan berkunci.

Pada pukul 11.30 pagi, 17 September, pengadu mendapati pintu bahagian dapur rumahnya dalam keadaan terbuka dan pemeriksaan lanjut mendapati ada barang hilang iaitu sebuah laptop berwarna merah dan sebuah tabung mengandungi wang tunai RM500.

Pengadu mengesaki rumahnya sudah dipecah masuk dan membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Pasir di sini.

Pada 2 Oktober, tertuduh ditangkap polis pada pukul 11.45 pagi di kuarters yang sama dan merampas tabung sebelum pengadu mengesahkan botol berwarna merah tersebut adalah miliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI