fbpx

Nelayan terkesan PSI mahu pampasan rumah setimpal harga bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja penambakan projek PSI sedang dijalankan di sekitar kawasan perairan Pulau Pinang Selatan.

GEORGE TOWN – Perjuangan nelayan kawasan Selatan untuk menolak projek tambakan Pulau Pinang Selatan (PSI) nampaknya kian kendur apabila hanya empat unit nelayan sahaja yang masih kekal menolak skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP).

Unit nelayan yang masih menolak skim SIMP ialah unit nelayan Sungai Batu, Teluk Tempoyak, Seri Jerjak dan Teluk Kumbar.

Unit-unit nelayan lain yang dikategorikan sebagai tahap satu adalah yang terletak paling hampir
dengan tapak PSI iaitu unit Permatang Tepi Laut, Gertak Sanggul dan unit tahap dua iaitu unit Pulau Betong, Kuala Sungai Burung dan Batu Maung dikatakan telah menerima skim SIMP itu.

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PenMutiara) Ibrahim Che Ros berkata, pihaknya akan bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid pada 24 Oktober depan untuk berbincang mengenai penambahbaikan skim SIMP kepada nelayan yang masih menolak skim tersebut.

“Secara keseluruhannya empat unit nelayan iaitu Sungai Batu, Teluk Tempoyak, Seri Jerejak dan Teluk Kumbar masih belum menandatangani skim SIMP.

“Ini kerana kami memerlukan kepastian tentang beberapa perkara daripada kerajaan negeri dan kami juga mahu berbincang soal penambah baikkan skim ini kepada nelayan,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak nelayan memerlukan satu perjanjian rasmi daripada kerajaan negeri mengenai pembayaran keseluruhan pampasan kepada nelayan yang terlibat dengan projek PSI itu.

“Kami perlukan perjanjian ‘hitam putih’ daripada kerajaan kerana kerajaan negeri akan berikan pampasan sebanyak 70 peratus dahulu kepada nelayan, 30 peratus lagi diberikan kemudian.

“Kita tidak tahu bila baki pampasan akan dibayar kepada nelayan, kita tidak mahu ada perkara berbangkit berlaku selepas projek ini berjalan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, nelayan juga meminta kerajaan negeri memberikan pilihan kepada mereka iaitu memberikan rumah sebagai bentuk pampasan selain satu-satunya pilihan yang ada pada masa ini iaitu bot.

“Ada ahli yang meminta rumah sebagai pampasan dan ia dibayar mengikut harga bot, sebagai contoh jika bot berharga RM80,000, pilihan rumah kepada nelayan juga berharga RM80,000.

“Ini kerana ada dalam kalangan nelayan telah memiliki bot dan keadaannya juga lebih bagus daripada sampan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Selain itu, katanya, antara perkara lain yang akan disentuh ketika berbincang dengan Timbalan Ketua Menteri mengenai kategori unit-unit nelayan yang terkena impak secara langsung daripada projek PSI itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI