fbpx
Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari dalam kereta dipandunya sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Lelaki warga emas maut kemalangan babit dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SRI AMAN – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah kereta berdekatan persimpangan ‘U’, Jalan Sri Aman-Betong pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, berkata kejadian dilaporkan kira-kira pukul 6.58 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman segera digerakkan ke lokasi.

Katanya setiba di lokasi, pasukan bomba mengeluarkan mangsa berusia 71 tahun dari keretanya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, rakan mangsa yang juga lelaki warga emas berusia 72 tahun yang duduk di bahagian penumpang hadapan Proton Saga berkenaan, termasuk lelaki berusia 32 tahun yang memandu Honda Jazz terbabit turut cedera.

Ujarnya, kedua-dua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI