fbpx

[VIDEO] Lelaki warga asing raba pelajar 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar mangsa dicabul oleh lelaki warga asing di pasaraya Sungai Buloh, 18 September lalu.

SUNGAI BULOH – Lelaki warga asing ditahan selepas melakukan gangguan seksual terhadap pelajar perempuan berusia 14 tahun di sebuah pasar raya Sungai Buloh, di sini, 18 September lalu.

Baru-baru ini video televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 33 saat yang memaparkan suspek meraba dan mencabul mangsa terbabit tular di media sosial.

Suspek kemudiannya berpura-pura mencapai barangan yang berada di rak berdekatan sebelum mangsa bertindak memberitahu seorang wanita dipercayai ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, laporan telah dibuat oleh keluarga mangsa pada pukul 6 petang.

“Kita telah terima laporan mengenai kejadian dan suspek yang merupakan warga asing itu juga telah ditahan sejurus selepas kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak (AKSK) 2017,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Shafa’aton, suspek berusia 31 tahun itu telah dituduh di Mahkamah Klang pada 27 September lalu mengikut Seksyen 14(a) AKSK 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI