fbpx

Roger Ng dijangka tiba di Malaysia tengah malam ini – Menteri KDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

SUNGAI SIPUT – Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng dijangka tiba di Malaysia tengah malam ini, bagi membantu proses siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang menyatakan Roger akan tiba pada waktu tersebut jika tiada apa-apa halangan lain.

“Kalau tiada halangan apa-apa, dia akan sampai di negara kita hari ini, tengah malam nanti. Kalau tiada halangan apa-apa,” katanya kepada pemberita semasa hadir ke Program Menyemai Kasih Rakyat di Pos Kuala Mu, Sungai Siput hari ini.

Menteri itu juga berkata, tempoh berapa lama Roger akan berada di Malaysia adalah bergantung kepada proses siasatan.

Kata beliau lagi, Roger dihantar balik ke Malaysia bagi tujuan pihak berkuasa di Malaysia meneruskan siasatan mengenai 1MDB atau Goldman Sachs.

“Fokus kita kepada aset recovery ataupun mendapatkan kembali aset. Itu kita serahkan kepada agensi penguatkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Ianya dalam pengetahuan saya kerana kebanyakan agensi ataupun institusi yang terbabit selain daripada Peguam Negara adalah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI