fbpx

[VIDEO] Ramai puji budak India ‘tarik’ lagu Bunga Angkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang kanak-kanak lelaki berbangsa India ketika menyanyikan lagu Bunga Angkasa dendangan kumpulan rock popular Terra Rossa.

PETALING JAYA – Kemampuan seorang kanak-kanak lelaki berbangsa India yang menyanyikan lagu Bunga Angkasa dendangan kumpulan rock popular Terra Rossa di sebuah majlis perkahwinan, mencuri perhatian ramai.

Rakaman video yang dikongsikan di akaun TikTok @burnpazzword itu berjaya menarik sebanyak 656,000 ribu jumlah tontonan serta 67,000 ribu tanda suka.

Melihat ke ruangan komen, orang ramai melahirkan rasa kagum terhadap kebolehan kanak-kanak lelaki berkenaan yang berbadan kecil, tetapi mempunyai suara yang sangat bagus.

“Yang ada kawan bangsa India saja tahu memang mereka menyanyi lagu Melayu dengan sedap,” tulis Wan Amy.

“Abang yang Melayu pun tak mampu nak nyanyi lagu ini,” tambah Shazuan.

“Bangsa India memang ramai suara sedap. Antara yang popular seperti kumpulan Alleycats, Ben Nathan, Moses Vadham, Jaclyn Victor, Santesh dan ramai lagi,” ulas Salihin. – KOSMO! ONLINE

@burnpazzword video diambil dari shabat aku @🆂&🄹(●’◡’●)ノ ..selamba je tarik lagu bunga angkasa..memang terbaik adik ni..#fyps #malaysiatiktok #fypシ ♬ original sound – Burn

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI