fbpx

Suami baling kipas isteri lambat buat susu anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret, Melaka, hari ini.

MELAKA – Hanya kerana lambat membuat susu anak, seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan isterinya menggunakan kipas, Ahad lalu.

Tertuduh, Shahmoonzhir Mohd. Nazim, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Nor Asikin Mohd Tap, 30, di sebuah rumah beralamat di Solok Balik Bukit, Bukit Lintang dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 12 tengah malam pada, 1 Oktober lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama.

Difahamkan, tertuduh bertindak membaling kipas terhadap isterinya gara-gara berang apabila mangsa lambat menyediakan susu untuk anak sulung mereka berusia tujuh bulan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI