fbpx

Rakyat tidak boleh sesuka hati pilih jantina – PM Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sunak berucap semasa hari terakhir Persidangan Parti Konservatif pada 4 Oktober lalu. – Getty Images

LONDON – Orang ramai tidak boleh memilih apa-apa jantina yang mereka mahu, kata Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak semasa Persidangan Parti Konservatif minggu ini.

Laman berita RT melaporkan, Sunak dalam ucapannya menambah kenyataan beberapa pegawai kanan Parti Konservatif mengenai isu jantina dan transgender sepanjang acara empat hari itu.

“Kita tidak sepatutnya dibuli untuk mempercayai bahawa orang ramai boleh menjadi apa-apa jantina yang mereka mahu. Tidak boleh begitu.

“Seorang lelaki tetap lelaki dan seorang wanita adalah wanita. Ia hanya logik akal,” kata Sunak semasa ucapan penutupnya kelmarin.

Parti Konservatif (Tory) yang menerajui pemerintahan di Britain selama 13 tahun, dijangka menghadapi cabaran sukar untuk meraih undi dalam pilihan raya umum tahun depan.

Hal demikian kerana Tory memilih dasar berbeza mengenai hak transgender berbanding Parti Buruh sebagai strategi kempen pilihan raya berikutnya, demikian laporan akhbar The Financial Times.

Setiausaha Dalam Negeri, Suella Braverman mendakwa bahawa  Parti Buruh berusaha untuk ‘menyedarkan’ Britain, sambil memberi amaran bahawa ‘isu sangat kontroversi’ kini dibangkitkan termasuk ideologi jantina, keistimewaan kulit putih dan sejarah anti-British. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI