fbpx

Pakai niqab, menyamar wanita Muslim ketika mengemis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan JIM dalam satu serbuan di ibu negara pada 1 Oktober lalu. FOTO IHSAN JIM

PUTRAJAYA- Taktik seorang wanita warganegara China yang memakai niqab dan menyamar sebagai seorang Muslim bagi menutup identiti sebenar ketika mengemis terbongkar selepas ditahan Jabatan Imigresen (JIM) dalam satu serbuan di ibu negara pada 1 Oktober lalu.

Wanita warga China itu merupakan antara lapan individu ditahan JIM dalam operasi penguatkuasaan bagi menggempur pengemis warga asing di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, penahanan itu turut melibatkan seorang lelaki China selain tiga orang perempuan Pakistan, seorang perempuan Jordan dan seorang kanak-kanak perempuan warga Pakistan serta seorang kanak-kanak lelaki warga Jordan.

Katanya, kesemua mereka yang ditahan berumur antara lapan bulan sehingga 78 tahun.

“Salah seorang warga asing yang diperiksa turut membuat provokasi dengan berpura-pura mengalami kesakitan dan pengsan selain cuba melarikan diri apabila pegawai operasi bertindak untuk membantu.

“Selain daripada itu, seorang perempuan warganegara China dikesan menyamar sebagai wanita muslim dengan memakai niqab untuk menutup identiti sebenarnya yang bukan seorang muslim,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, wanita warga asing lain yang ditahan turut memakai niqab dan menggunakan kanak-kanak bagi meraih simpati orang ramai bagi mendapatkan wang.

“Antara kesalahan dikenalpasti ialah kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) iaitu tiada dokumen pengenalan dan tinggal lebih masa.

“Kesemua mereka yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan dan tindakan lanjut,” tegasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI