fbpx

Jurulatih tanggal seluar murid, cubit puting didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soon Lee ketika hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini. Foto oleh Amin Azman.

PETALING JAYA – Seorang jurulatih dodgeball didakwa di Mahkamah Majisret di sini hari ini atas pertuduhan menganggu kesantunan dua murid lelaki berusia 11 tahun sebuah sekolah rendah vernakular di Damansara di sini tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh Terrence Ee Soon Lee, 53, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa menganggu kesantunan mangsa di dewan sebuah sekolah vernakular di Damansara di sini antara pukul 2 hingga 2.30 petang pada November hingga Disember 2022.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaanyang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md Kamal menawarkan jaminan RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan tertuduh dilarang menganggu mangsa dan saksi dalam kes ini.

Bagaimanapun peguam Datuk Thrichelvam Rasiah memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan.

Tarikh 29 November ini ditetapkan bagi sebutan semula kes.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI