fbpx

Dua tokan dadah diberkas, 20 ketulan mampat ganja dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBANYAK 20 ketulan mampat daun kering dipercayai ganja bernilai RM62,000 yang dirampas di Arau, kelmarin.

KANGAR – Polis berjaya memberkas dua tokan sindiket pengedaran dadah Pulau Pinang dan merampas 20 ketulan mampat daun kering dipercayai ganja bernilai RM62,000 di Lebuh Raya Kuala Perlis – Changlun di Arau, kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perlis telah menahan sebuah kereta dinaiki dua lelaki yang dalam perjalanan menuju ke Lebuh Raya Utara Selatan.

Pemangku Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, hasil pemeriksaan kereta jenis Proton Saga berwarna merah menemui satu kotak berisi 20 ketulan mampat dipercayai ganja dengan anggaran berat 20 kilogram pada bahagian but kereta.

“Dua lelaki berusia 26 dan 28 tahun masing-masing bekerja sebagai tukang kebun serta pembantu kedai makan turut ditahan. Saringan awal mendapati kedua-duanya positif dadah jenis ganja dan terlibat dalam aktiviti pengedaran sejak 2013.

“JSJN negeri juga menyita aset-aset milik suspek daripada aktiviti larangan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 yang dianggarkan bernilai RM58,500,” katanya di sini hari ini.

Menurut Baderulhisham, risikan terhadap aktiviti itu dilakukan JSJN negeri selama tiga bulan sehingga membawa kepada penangkapan suspek.

“Siasatan awal menunjukkan kedua-dua suspek berasal dari Pulau Pinang itu mendapatkan bekalan dadah tersebut dari Thailand menerusi jalan laut yang dihantar ke Sungai Baru di Perlis,” jelasnya.

Tambah Baderulhisham, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 11 Oktober depan bagi membantu siasatan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI