fbpx

Oldtown White Coffee Francais Terbaik 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (dua dari kiri) dan Pengerusi MFA, Datuk Dr. Radzali Hassan (kiri) bergambar bersama penerima Anugerah Francais Terbaik 2023 yang dimenangi oleh Kopitiam Asia Pacific Sdn. Bhd. (Oldtown White Cofee) pada Majlis Malam Anugerah Francais Malaysia 2023 yang berlansung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur malam ini. - Foto MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kopitiam Asia Pacific Sdn. Bhd. (Oldtown White Coffee) meraih Anugerah Francais Terbaik pada Anugerah Francais Malaysia 2023 anjuran Persatuan Francais Malaysia (MFA) malam ini.

Oldtown White Coffee turut memenangi beberapa kategori lain termasuk Anugerah Sistem Francais Antarabangsa Terbaik dan Anugerah ESG -Tadbir Urus Francais Terbaik.

Trofi dan sijil penghargaan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Seramai 15 pemenang dalam Kategori Sistem Francais, Kategori Francaisor, Kategori Francaisi, Kategori Terbuka dan Kategori Media turut diumumkan pada majlis tersebut.

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian penghargaan Anugerah Khas Ahli Setia kepada beberapa syarikat francais yang telah menjadi ahli MFA sejak 26 hingga 29 tahun lalu.

Anugerah Francais Malaysia diperkenalkan bermula tahun 1997 khusus untuk memberikan pengiktirafan, galakkan dan penghargaan kepada penggiat industri francais.

Malam ini merupakan kali ke-25 anugerah itu dianjurkan MFA dengan sokongan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan badan berkepentingan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN