fbpx

UCL: Arteta letak Havertz jadi sandaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAVERTZ berjaya membuka akuan gol bersama Arsenal ketika menyempurnakan sepakan penalti berdepan Bournemouth hujung minggu lalu. - AFP

LONDON – Arsenal dijangka tiada masalah untuk membawa pulang keputusan positif apabila bertandang ke Perancis menentang RC Lens pada aksi Kumpulan B Liga Juara-Juara di Stade Bollaert-Delelis awal pagi esok.

Ia berdasarkan kemampuan dan prestasi semasa The Gunners walaupun naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL) kini berdepan masalah kecederaan dialami beberapa pemain utamanya.

Nama seperti Bukayo Saka, Gabriel Jesus dan William Saliba berkemungkinan besar tidak diturunkan kerana mengalami kecederaan ketika membantu Arsenal menang 4-0 ke atas Bournemouth pada aksi EPL di Stadium Vitality, Sabtu lalu.

Begitupun, Arsenal masih mempunyai ramai pemain untuk memberikan cabaran sukar kepada Lens seperti Kai Havertz yang baru meledak gol pertamanya bersama kelab itu sejak berhijrah daripada Chelsea awal musim ini.

“Saya sangat gembira melihat semangat berpasukan ditunjukkan dalam kalangan pemain. Saya percaya situasi ini (gol Havertz) akan mengubah segala-galanya,” kata Arteta.

Arsenal ketika ini menghuni tangga ketiga EPL dengan hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Manchester City yang akan menjadi lawan mereka dalam aksi seterusnya pada Ahad ini.

Begitupun, The Gunners tetap tidak mengambil mudah cabaran Lens yang kini seperti kembali menemui tahap terbaik menerusi dua kemenangan berturut-turut selain seri dengan Sevilla dalam aksi pertama Liga Juara-Juara dua minggu lalu.

Arsenal pula yang kembali beraksi di pentas berprestij Eropah itu sejak musim 2016/2017, membuka kempen dengan kemenangan 4-0 ke atas jaguh Belanda, PSV Eindhoven. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI