fbpx

PRK Kemaman: BN belum buat keputusan bertanding atau tidak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Halal di Putrajaya hari ini. FOTO MOHD. HUSNI. MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) akan membuat pengumuman rasmi dalam masa terdekat sama ada mahu meletakkan calon atau tidak bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai sebuah parti yang bermaruah, BN dan UMNO boleh bertanding bagi mengurangkan jurang majoriti.

“Sebagai parti bermaruah walaupun potensi agak kelam namun dengan mengurangkan majoriti pun sudah cukup baik.

“BN berada dalam kedudukan kedua berbanding parti lain dalam Kerajaan Perpaduan. (Perlu ingat) Majoriti diperoleh bekas Ahli Parlimen (PAS pada pilihan raya umum lalu) adalah sebanyak 27,000 undi,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Halal di sini, hari ini.

Media hari ini melaporkan, PAS memutuskan untuk tidak akan memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya yang diputus Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu bagi Parlimen Kemaman.. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI