fbpx

Pop-up store bantu peminat fesyen online memilih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pengunjung tidak melepaskan peluang melihat secara dekat pakaian dan aksesori ditawarkan oleh SHEIN.

PEMINAT fesyen pastinya pernah mendengar jenama fesyen pantas SHEIN yang kian menjadi pilihan penggemar gaya terkini kerana tawaran harganya berpatutan.

Begitu pun, SHEIN hanya beroperasi secara online, sekali gus membuatkan pembeli yang suka melihat barangan secara dekat berasa sukar untuk membuat pilihan.

Memahami kegusaran pelanggan, baru-baru ini platform pasaran yang menawarkan pelbagai kategori barangan fesyen, kecantikan dan gaya hidup dari China itu telah melancarkan pop-up store pertamanya di Malaysia.

Bertempat di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur, para peminat jenama itu boleh melihat sendiri rangkaian produk fesyen jenama berkenaan.

Antara barangan yang dipamerkan oleh SHEIN sepanjang 27 September hingga 2 Oktober lalu itu adalah adalah pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Ketua Penjenamaan SHEIN Asia Tenggara, Qiu Tianyi berkata, dia percaya bahawa fesyen dan gaya terkini seharusnya boleh diakses oleh semua.

“Di SHEIN, kami percaya bahawa keindahan fesyen harus diakses oleh semua.

“Fesyen bukan sahaja mengenai fabrik dan trend gaya, ia adalah perjalanan transformatif serta satu cara hebat untuk mengekspresikan diri.

“Para peminat fesyen Malaysia mempunyai cara tersendiri untuk menerima trend dan menggayakannya dengan sentuhan peribadi mereka.

“Oleh sebab itu, kami percaya bahawa pameran pop-up ini akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia meneroka dan mengekspresikan gaya mereka dengan bebas,” katanya.

Acara pelancaran pop-up dimulakan dengan pertunjukan fesyen oleh beberapa pempengaruh media sosial popular negara seperti Ash Edward, Khainina Khalil, Isha Norsham, Ashley Chin dan Ikhmal Nour.

Pelbagai barangan termasuk pakaian dan aksesori wanita dipamerkan oleh SHEIN pada pop-up store yang dibuka di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelbagai busana daripada pakaian hingga aksesori yang sebelum ini hanya dilihat menerusi platform online SHEIN boleh dipegang dan dilihat sendiri oleh pengunjung sepanjang acara itu berlangsung.

Pada acara itu juga, SHEIN membahagikan rangkaian koleksi yang dipamerkan kepada seksyen gaya iaitu parti, pejabat, aktif dan renang serta Musim panas dan jalanan.

Selain pilihan produk pelbagai, tarikan yang menjadikan jenama itu semakin kukuh adalah kerana tawaran saiz hingga 4XL menerusi rangkaian Curve+ Plus.

Ujar Tianyi, SHEIN menyampaikan mesej yang jelas bahawa fesyen seharusnya digayakan oleh semua.

Jelasnya, pihaknya berhasrat membawa fesyen SHEIN ke tahap lebih tinggi dan bersifat inklusif.

Melangkaui sempadan gaya, SHEIN juga memperkenalkan satu program komuniti menarik dikenali sebagai #beSHEINmodels.

Program tersebut sudah pun mengumpulkan lebih 7,000 orang ahli.

Program itu memfokuskan pada idea, fesyen bukan sahaja untuk kelihatan hebat, tetapi i turut menjadikan pemakainya berasa hebat apabila mampu mengekspresikan gaya peribadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI