PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Kedah dan Perlis dijangka dilanda hujan lebat, ribut petir serta angin kencang pada sebelah pagi ini.
Keadaan tersebut diramal berlanjutan sehingga pukul 12 tengah hari nanti.
Menerusi laporan cuaca di Facebook, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), antara kawasan terlibat di Kedah adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim serta seluruh negeri Perlis.
Sementara itu, cuaca yang sama juga berisiko di Negeri Sembilan melibatkan daerah Port Dickson serta beberapa kawasan negeri Johor, Antaranya Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
“Di Sabah, hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda Tawau (Tawau dan Semporna) ketika ini,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE