fbpx

Cheras, Nilai masih catat IPU tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan pusat bandar yang diliputi jerebu dengan catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dari Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) semalam. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO!

PETALING JAYA – Sebanyak empat kawasan di Semenanjung mencatat indeks pencemaran udara (IPU) kategori tidak sihat melebihi 101 setakat pukul 8.50 pagi ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Nilai di Negeri Sembilan masih mencatatkan bacaan IPU paling tinggi setakat ini iaitu 155 diikuti Cheras, Kuala Lumpur (153) dan Seremban, Negeri Sembilan (144).

“Satu lagi kawasan yang sudah melepasi tahap tidak sihat adalah di Banting, Selangor dengan bacaan IPU, 111,” lapor laman tersebut.

Sementara itu, berdasarkan peta taburan IPU di laman sesawang APIMS, sebanyak 42 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI