fbpx

Nasib Yasin Sulaiman atas tiga tuduhan kes dadah diketahui esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yasin Sulaiman

PETALING JAYA – Nasib penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman di akhir kes pendakwaan terhadap tiga pertuduhan dadah akan diketahui esok.

Keputusan sama ada Yasin atau nama sebenarnya, Muhammad Yasin Sulaiman, 48, dilepas atau dipanggil membela diri itu akan ditentukan Hakim Mahkamah Sesyen, Faiz Dziyauddin.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin menutup kes selepas tujuh saksi selesai memberi keterangan dengan saksi terakhir ialah Profesor Dr. S. Sreeramanan yang merupakan pakar bioteknologi tumbuhan.

Pada prosiding sebelum ini, mahkamah mengarahkan pihak pendakwaan dan pembelaan Yasin perlu memfailkan hujahan bertulis pada 29 September manakala 3 Oktober adalah keputusan akhir kes pendakwaan.

Selain Raja Zaizul, pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin.

Dalam perbicaraan sebelum ini, saksi pendakwaan ketiga memberitahu Yasin kelihatan cemas dan terkejut semasa polis menyerbu rumahnya di Damansara.

Pegawai Risikan, Operasi dan Tahanan, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Petaling Jaya, Inspektor Darwis Aripin, 42, berkata Yasin dilihat dalam situasi demikian selepas dia dan beberapa anggota lain memperkenalkan diri sebagai polis.

Yasin didakwa memiliki kanabis seberat 193.7 gram (g) di sebuah kondominium, Kota Damansara di sini pada pukul 5.30 petang, 24 Mac 2022.

Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok kanabis di tempat pada waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6B(1)(a) ADB.

Hukuman bagi seksyen itu adalah penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali.

Bagi pertuduhan ketiga, Yasin didakwa positif dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ dan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI