fbpx

Lelaki kurang siuman bakar bumbung masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kebakaran yang berlaku di atas bumbung Masjid Mukim Bunohan, Tumpat tengah malam tadi.

TUMPAT – Penduduk di sekitar Bunohan di sini gempar apabila seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman bertindak membakar bumbung Masjid Mukim Bunohan tengah malam tadi.

Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu bagaimanapun padam sendiri selepas hujan turun di kawasan berkenaan.

Siak masjid itu, Ayub Awang Hamat, 66, berkata, dia mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan oleh rakannya yang melihat api dari arah bumbung masjid berkenaan.

Menurutnya, bumbung masjid itu dalam proses pembaikan apabila terdapat banyak kotak-kotak jubin ekoran kerja-kerja pemasangan yang masih belum selesai sepenuhnya.

Ayub menunjukkan bumbung Masjid Mukim Bunohan, Tumpat yang terbakar tengah malam tadi. – Foto oleh ROHANA ISMAIL / KOSMO!

“Lelaki itu dipercayai naik ke atas bumbung sebelum bertindak membakar kotak-kotak di situ.

“Kami lega apabila kebakaran itu tidak sempat merebak ke kawasan lain selain tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Masjid Mukim Bunohan di Kampung Bunohan hari ini.

Ayub memberitahu, lelaki yang mencetuskan kebakaran itu cukup dikenali oleh para jemaah kerana menumpang tidur di pekarangan masjid sejak hampir setahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI