fbpx

LTdL 2023: Simonn Carr berjaya takluk saingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CARR bersedia untuk kembali menyertai saingan LTdL musim depan sekiranya ia diputuskan oleh pasukannya.

KUALA LUMPUR – Pelumba EF Education-EasyPost, Simon Carr bersedia untuk kembali ke Le Tour de Langkawi (LTdL) musim depan selepas menakluk kemenangan perlumbaan berprestij Asia yang berakhir di Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur (KLCC) sebentar tadi.

Pelumba berusia 25 tahun itu yang menyarung Jersi Hijau selaku pendahulu keseluruhan sejak menjuarai Peringkat 5 dari Slim River, Perak ke Genting Highlands pada Rabu lalu merekodkan catatan masa 29 jam 17 minit dan 41 saat (s).

Lebih manis pasukan berpangkalan di Amerika Syarikat tersebut menamatkan saingan keseluruhan dengan kemenangan 1-2 selepas rakan sepasukan Carr, Alexander Jefferson Cepeda Orti tempat kedua dengan perbezaan 49s, manakala pelumba Equipo Khern Pharma, Pablo Castrillo di tangga ketiga keseluruhan.

Kejayaan itu juga sekali gus menyaksikan Carr melakar sejarah muncul pelumba pertama dari Great Britain menjuarai perlumbaan berstatus ProSeries itu yang kali pertama dianjurkan pada tahun 1996.

Lebih membanggakan pasukan berstatus WorldTour tersebut dinobatkan sebagai pasukan terbaik bagi edisi ke-27 tahun ini.

“Saya sudah mendengar tentang perlumbaan ini dan semua orang telah mengetahui, malah ia telah wujud sejak sekian lama. Jadi, saya berbangga dapat memenangi jersi keseluruhan ini dan saya rasa pasukan juga boleh berbangga.

“Saya fikir sudah pasti pada hari ketiga saya berada di dalam kelompok yang melakukan ‘breakaway’ dan saya tahu saya mempunyai kaki yang bagus untuk bertahan. Apabila saya memenangi perlumbaan di Genting ia adalah hari yang paling penting untuk keseluruhan dan Jefferson di tempat kedua benar-benar bagus untuk kami.

“Apapun, dengan kemenangan hari ini, saya harap dapat kembali ke Malaysia tahun depan, tetapi buat masa ini pasukan saya masih belum meletakkan sebarang perancangan lagi tahun depan. Saya harap dapat kembali,” kata Carr

Terdahulu, perlumbaan Peringkat 8 itu yang bermula dari Setia Alam, Selangor dengan jarak sejauh 156.5 kilometer (km) itu dimenangi pelumba Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa yang mencatatkan masa 3:12:27s. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI