fbpx

33 tahun kempunan emas regu berpasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORAIZAT (kanan) cuba menghalang rejaman pemain Thailand pada aksi final regu berpasukan Sukan Asia Hangzhou semalam. - AFP

IMPIAN Malaysia untuk menamatkan penantian 33 tahun meraih pingat emas sepak takraw acara regu berpasukan di pentas Sukan Asia sejak edisi 1990 di Beijing, China tidak kesampaian.

Percubaan skuad negara sekali lagi menemui kegagalan pada edisi Sukan Asia Hangzhou kali ini dan terpaksa akur dengan kehebatan seteru tradisi, Thailand apabila tewas 0-2 pada final di Pusat Sukan Jinhua semalam.

Regu pertama negara diwakili Muhammad Haziq Hairul Nizam sebagai tekong, Farhan Adam (apit kiri) dan Muhammad Noraizat Mohd. Nordin (apit kanan) tewas 15-21, 14-21 dalam tempoh 50 minit.

Nasib sama turut dialami regu kedua negara yang dibarisi Mohammad Syahir Mohd. Rosdi (tekong), Mohamad Azlan Alias (apit kanan) dan Amirul Zazwan Amir apabila tumbang 13-21, 18-21 dalam tempoh 57 minit.

Biarpun meraih perak, namun ia bukanlah kekecewaan besar buat Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) ketika hasrat utama adalah mempertahankan emas acara regu yang dimenangi sewaktu edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.

Sementara itu, gimnas lelaki negara, Sharul Aimy Mohd. Kamaru Hisam berjaya mencipta kejutan apabila memenangi pingat gangsa bagi acara gimnastik artistik disiplin melombol individu apabila tewas kepada Wataru Tanigawa (Jepun) yang meraih emas dan Mahdi Olfati (Iran) perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI