fbpx

33 PATI gagal menyusup keluar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI yang ditahan di Pantai Kelanang, Banting semalam.

KUALA LANGAT – Cubaan seramai 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai warga Indonesia menyusup keluar menerusi laluan tikus gagal selepas ditangkap di kawasan Pantai Kelanang, Banting di sini semalam.

Kesemua PATI termasuk 11 wanita berusia 17 hingga 50 tahun ditahan pukul 1.30 petang.

Difahamkan kesemua PATI telah berada di lokasi tersebut selama satu malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, penangkapan PATI itu susulan rondaan dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang terserempk dengan sekumpulan individu yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua warga asing itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.

“Hasil soal siasat, mereka mengaku ingin keluar dari negara ini dengan melalui jalan laut yang tidak diwartakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kesemua PATI itu dikatakan telah berada di negara ini antara satu hingga tiga tahun.

Mereka juga membayar RM1,500 kepada sindiket bagi tujuan penyusupan secara haram itu.

Ahmad Ridhwan menegaskan kesemua PAGI kini direman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/1963. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI