fbpx

Padah ubah suai motosikal melampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPJ Selangor memeriksa motosikal tersebut.

SHAH ALAM – Tindakan seorang lelaki mengubahsuai motosikalnya secara melampau akhirnya membawa padah apabila jentera itu disita dalam Ops Khas Motosikal di Plaza Tol PJS dekat sini, kelmarin.

Sewaktu lelaki berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petangdidapati motosikal jenis Yamaha Y15ZR turut didapati tidak mempunyai cukai jalan.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, pemeriksaan terhadap motosikal itu mendapati banyak kesalahan dikesan, antaranya tiada brek belakang, guna tayar sotong dan tiada cermin sisi.

“Selain itu, motosikal tersebut juga tidak mempunyai brek belakang yang mungkin membahayakan penunggang itu dan pengguna jalan lain.

“Siasatan awal mendapati lelaki dikatakan terpengaruh dengan rakan selain mahu mengikut trend semasa kononnya mahu menambah kelajuan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberitahu, operasi sama turut dilakukan beberapa lokasi sekitar negeri yang bermula pukul 8 pagi hingga 11.50 malam dengan memeriksa 1,506 motosikal.

Tegas Ahmad Kamarunzaman, sebanyak 951 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kesalahan yang dikesan antaranya ialah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan kesalahan teknikal,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI