fbpx

Modachi guna kaedah storytelling pertingkat daya saing promosi, pengiklanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usahawan perlu menggunakan pelbagai kaedah pemasaran termasuk storytelling jenama untuk mendekati pelanggan dengan lebih mudah dan berkesan. - GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Modachi Sdn. Bhd. (Modachi) syarikat bumiputera yang terlibat dalam pengukuhan jenama syarikat melalui penceritaan (story­telling), mahu mempergiatkan usaha untuk meningkatkan ilmu dalam kalangan syarikat korporat selain ­perusahaan kecil dan seder­hana (PKS) tentang pen­tingnya jenama storytelling dalam kelangsungan syarikat berdepan perubahan arus digital masa kini.

Pengurus Kandungan Strategik syarikat, Siti Mariam Elias berkata, melalui penceritaan yang tepat dengan kandungan yang bernas dan lengkap, ia dapat mempromosikan produk serta perkhidmatan sesebuah syarikat dengan lebih baik kepada umum melalui ilmu terma­suk kajian yang dijalankan oleh pihaknya.

Berbanding promosi dan gimik jualan atau pengiklanan yang dibuat secara spontan serta tiada rujukan dibuat, membuatkan ia tidak berkekalan lantas tidak dapat memenuhi objektif jualan serta promosi syarikat.

 

Storytelling yang kami hasilkan memiliki maklumat yang lengkap untuk mencapai misi yang lebih besar selain gimik promosinya juga lebih berdaya saing berbanding pemain lain.

“Kami menggunakan semua platform media sosial terkini untuk menyampaikan jenama storytelling pelanggan agar ia mudah diakses oleh pelanggan di pasaran.

“Dengan serendah RM5,000, kami mampu memenuhi permintaan pelanggan untuk menambah nilai promosi dan pemasaran” katanya dalam satu temubual di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Siti Mariam berkata, platform pemasaran terbaharu seperti tiktok yang popular kini adalah peluang terbaik untuk pengusaha melengkapkannya dengan storytelling yang baik.

Sehubungan itu, jelasnya misi promosi syarikat bakal mendapat tempat dalam kalangan pe­langgan sekali gus jualan turut bertambah.

Disarankan juga, agar sesebuah syarikat itu memperuntukkan bajet yang bersesuaian untuk membuat pemasaran melalui storytelling kerana masyarakat pada hari ini lebih suka dan mudah ingat dengan kaedah penjenamaan tesebut.

Tambah beliau, sehingga kini, lebih daripada 50 jenama syarikat telah berjaya ditingkatkan melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh Modachi.

Bersandarkan permintaan yang semakin baik kini, syarikat mengunjurkan perolehan jualannya bertambah kepada RM10 juta tahun depan berbanding RM5 juta yang bakal dicapai pada akhir tahun ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI