fbpx

153 premis diserbu, 178 suspek ditahan kes judi dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Johor telah menahan seramai 178 individu berkait dengan aktiviti perjudian atas talian di negeri ini sejak Jumaat lalu.

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah menahan seramai 25 warga tempatan dan juga asing menerusi tujuh serbuan berasingan yang dijalankan menerusi Op Dadu Khas seluruh negeri ini, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, individu yang ditahan terdiri daripada 19 lelaki tempatan serta empat wanita warganegara tempatan dan dua wanita warganegara asing.

Katanya, mereka yang ditahan berusia antara 19 hingga 54 tahun.

“Dalam serbuan semalam, polis merampas 24 unit telefon bimbit pelbagai jenama; lima pencetak bergerak dan wang tunai berjumlah RM3,371,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, pihaknya telah menjalankan operasi tersebut sejak Jumaat minggu lalu dengan keseluruhan 153 premis yang didapati menjalankan aktiviti perjudian atas talian secara haram sepanjang tempoh berkenaan.

“Dalam tempoh itu, seramai 178 suspek ditahan terdiri daripada 144 lelaki dan 34 wanita dengan 157 daripada mereka merupakan warganegara tempatan manakala 21 warganegara asing.

“Kesemua yang ditahan berusia antara 18 sehingga 66 tahun. Turut dirampas dalam tempoh tersebut adalah 187 unit telefon bimbit pelbagai jenama; 66 mesin pencetak dan wang tunai berjumlah RM36,070.

“Sementara itu, semua premis yang diserbu sedang dalam proses pembatalan lesen dan pemotongan bekalan elektrik. Kita hanya menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” ujarnya.

Kamarul Zaman turut memberitahu, kesemua tangkapan dibawa ke mahkamah untuk permohonan tahanan reman bagi membantu siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(A)(a) dan 4B(b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI