fbpx

Tiga negeri berdepan hujan lebat, ribut petir petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan sekitar Pahang, Sarawak dan Sabah sehingga lewat petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu laporan cuaca memaklumkan antara daerah yang terlibat di Pahang adalah Pekan dan Rompin.

Sementara itu, di Sarawak melibatkan Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru dan Marudi).

“Cuaca buruk yang sama turut berisiko di kebanyakan kawasan negeri Sabah seperti Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran),” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI