fbpx

RUU Sumber Air 2023 diluluskan Sidang DUN Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (kanan) ketika menghadiri Sidang DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Persidangan Dewan Negeri Perak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Sumber Air (RUUSA) 2023 yang dibentangkan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada Isnin lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sepanjang tiga hari persidangan berlangsung, seramai 22 wakil rakyat mengambil bahagian dalam sesi perbahasan iaitu masing-masing 11 daripada blok kerajaan dan pembangkang yang mengutarakan 38 soalan dan cadangan.

“Seperti yang kita sedia maklum, saya telah pun membentangkan RUU ini buat kali pertama pada 18 Julai tahun lalu, namun memutuskan supaya ia ditangguhkan selepas mengambil kira pandangan wakil-wakil rakyat ketika itu yang mencadangkan agar RUU itu diperhalusi dan ditambah baik.

“Susulan itu, satu jawatankuasa bipartisan yang dianggotai 10 wakil rakyat telah ditubuhkan selain empat sesi libat urus dengan pelbagai pihak diadakan bagi memastikan setiap pandangan dan teguran yang dikemukakan diambil kira, diperhalusi dan diharmonikan sebelum dibawa semula ke Dewan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata, RUU yang dibentangkan Isnin lalu telah melalui proses tambah baik menerusi tujuh pindaan secara khusus termasuk dalam soal bidang kuasa dan keanggotaan lembaga pengurusan air, pengenaan caj dan penguatkuasaan undang-undang serta hal-hal berkaitan kepentingan awam.

Oleh yang demikian, katanya, kerajaan negeri berpandangan bahaa cadangan pembangkang untuk menangguhkan sekali lagi RUU tersebut sepatutnya tidak berbangkit memandangkan segala isu yang diutarakan sebelum ini sudah diperhalusi dan ditambahbaik melalui pindaan yang dilakukan.

“Dalam hubungan ini, kerajaan negeri mengambil ketetapan bahawa RUU itu perlu diluluskan memandangkan ketiadaan badan khusus pengurusan air ini menyebabkan kawal selia ke atas penggunaan sumber air negeri tidak dapat dioptimumkan khususnya dari aspek perlesenan dan penguatkuasaan.

Untuk rekod, negeri-negeri lain yang telah meluluskan Enakmen berkaitan pengurusan sumber air adalah Selangor pada 1999, Kedah (2008) dan Terengganu (2020), malah Perak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang masih bergantung sepenuhnya kepada Akta Air 1920 (Akta 418) dalam mengurus sumber air,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI