fbpx

RoS batal pendaftaran lebih 3,000 pertubuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NAWARDI (dua dari kiri) menyampaikan replika cek berjumlah RM10,000 kepada wakil Persatuan Kejiranan Komuniti Bunga Raya di Kompleks KDN, Ayer Keroh, Melaka. -foto oleh AMRAN MULUP

MELAKA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah membatalkan pendaftaran lebih 3,000 pertubuhan dan persatuan sejak program pemutihan dilaksanakan pada 2021.

Ketua Pengarahnya, Mohd. Nawardi Saad berkata, kebanyakan kes adalah melibatkan pertubuhan yang didapati tidak aktif dan timbul pertikaian disebabkan berlaku perlanggaran melibatkan perlembagaan diluluskan.

“Selain itu, ada juga pertubuhan yang dibatalkan pendaftarannya disebabkan melanggar Akta Pertubuhan 1966 dan bagi parti politik setakat ini hanya satu sahaja parti yang telah dibatalkan pendaftaran oleh RoS daripada 69 parti induk berdaftar dengan kita.

“Selain itu juga kita turut memantau jika ada pertubuhan yang dilihat menjejaskan ketenteraman awam dan jika terbukti mereka melakukan kesalahan menyalahi undang-undang, kuasa Menteri Dalam Negeri akan digunakan untuk membatalkan pendaftaran pertubuhan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian penutup Kursus Asas Pengurusan Pertubuhan, Perkongsian Pintar dan Penyampaian Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ayer Keroh di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI