fbpx
Najwa sering meluangkan masa untuk mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran. – Okezone TV

Polis ‘hafizah’ ajar mengaji curi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang polis wanita di Banda Aceh mendapat perhatian netizen kerana merupakan seorang hafizah dan gemar mengajar kanak-kanak membaca kitab suci  al-Quran, lapor portal berita Okezone hari ini.

Polis Brigedier Dua Najwa Silmina Anggitia, 21, merupakan anggota yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Banda Aceh dan menjalankan tugas-tugas dokumentasi pejabat.

Meskipun sibuk dengan tugas, Najwa membahagikan masanya untuk mengajar mengaji di kawasan dia tinggal.

Menurut gadis tersebut, mengajar kanak-kanak membaca al-Quran adalah sumber kebahagiaan yang tidak terhingga buat dirinya. 

Video memaparkan aktiviti Najwa mengajar kanak-kanak mengaji kini tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Ini yang seharusnya diberikan penghargaan kerana sudah mengabdikan diri kepada negara dan masyarakat,” kata seorang pengguna media sosial.

“Sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang bermanfaat kerana itu dapat membantu anda di akhirat nanti,” kata netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI