fbpx

Nekad rempuh dua sekatan jalan raya, dua ditahan bersama syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah dinaiki suspek terbabas dalam kejadian malam tadi.

SEPANG – Empat individu warga asing nekad merempuh dua sekatan jalan raya dan palang tol sebelum kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah dinaiki mereka terbabas dalam kejadian malam tadi.

Aksi kejar antara tiga kenderaan polis peronda dengan MPV jenis Toyota Vellfire sejauh 20 kilometer (KM) selama 40 minit itu berakhir tragedi apabila MPV itu terbabas di bahu jalan sebelum dua daripada suspek berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, anggotanya berjaya menahan dua individu warga Indonesia masing-masing lelaki berusia 32 dan wanita berusia 21 tahun sekitar pukul 12.20 tengah malam.

Beliau berkata, turut dirampas bersama suspek ialah dua bungkusan plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 103.61 gram.

“Dua lagi suspek berjaya melarikan diri dan kini masih diburu dengan bantuan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.

“Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, suspek bertindak merempuh sekatan jalan raya oleh polis di Cyber 8, Jalan Persiaran Apec, Cyberjaya di sini, selepas diminta menunjukkan lesen memandu dan dokumen perjalanan diri sebelum menuju ke arah Tol Serenia, Dengkil

“Kenderaan dinaiki suspek kemudian turut merempuh palang tol Serenia di susur keluar dari Lebuhraya Elite ke Dengkil dan merempuh satu lagi sekatan jalan raya di Jalan Dengkil – Banting,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, kereta dinaiki suspek kemudian hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan berdekatan Kampung Olak Lempit, Batu 41 di sini.

Wan Kamarul Azran berkata, dua suspek iaitu pemandu dan penumpang hadapan berjaya meloloskan diri manakala, dua suspek yang berada di tempat duduk belakang berjaya ditahan.

Menurutnya, siasatan mendapati, dua suspek ditahan adalah pasangan kekasih dan masing-masing tiada dokumen perjalanan yang sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 186/279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI