fbpx

Jabatan Perangkaan perlu diperkukuh sebagai penyelaras statistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Uzir pada Persidangan Statistik Malaysia 2023 "Merentasi Sempadan KDNK: Menuju Kesejahteraan Sosial dan Kelestarian Alam Sekitar" di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia hari ini. - Foto oleh FAUZI BAHARUDIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Peranan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) perlu diperkukuhkan sebagai penyelaras kebangsaan dalam pengumpulan statistik.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pada masa ini, statistik yang dilaksanakan terutamanya oleh kementerian atau agensi kerajaan dilaksanakan sendiri oleh mereka tanpa merujuk kepada DOSM.

“Sebelum ini kita telah menyemak dan berbincang dengan pelbagai negara termasuk Suruhanjaya Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mana semua negara perlu memperkukuhkan tadbir urus punca kuasa pengeluar statistik.

“Sekarang ini, kementerian dan agensi boleh bergerak sendiri tanpa merujuk kepada DOSM. Justeru, DOSM perlu diperkukuhkan antaranya peranan sebagai penyelaras kebangsaan dalam pengumpulan statistik,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Statistik Malaysia ke-10 (MyStats) 2023 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia (BNM) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989) kini di peringkat akhir pindaan serta dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada suku pada Julai 2024.

Katanya, pindaan perlu dibuat memandangkan akta tersebut sudah agak lama selain membolehkan penglibatan DOSM dalam pengumpulan data.

“Dengan pindaan ini, satu sistem yang membolehkan penglibatan DOSM di dalam pengumpulan statistik di agensi akan lebih telus dan lebih keterangkuman berbanding akta sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, dengan Pindaan Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989) itu juga, DOSM boleh memastikan urus tadbir statistik yang dilaksanakan agensi serta kementerian mengikut piawaian amalan terbaik yang diletakkan di peringkat antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI