fbpx

Chelsea kini hampiri zon penyingkiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Chelsea terus berdepan aksi mengecewakan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas tewas 0-1 kepada Aston Villa pada perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge malam kelmarin.

Keputusan itu menyaksikan The Blues semakin hampir dengan zon penyingkiran apabila berada di kedudukan ke-14 liga, hanya empat mata dibezakan dengan pasukan tangga ke-18, Luton Town.

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino nyata kecewa dengan kekalahan di laman sendiri itu selain menggesa barisan pemainnya supaya mengambil tanggungjawab atas aksi kurang memberangsangkan itu.

“Kekalahan ini adalah berpunca daripada kami sendiri, jadi kami perlu ambil tanggungjawab tersebut. Kami tidak boleh salahkan pengadil perlawanan atau Video Bantuan Pengadil (VAR).

“Kadang-kadang pemain perlu mengamalkan sikap berbeza dalam mana-mana situasi. Saya tidak mahu menuding jari dan menyalahkan Malo Gusto kerana perkara seperti ini sering berlaku dalam bola sepak,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, hari malang Chelsea bermula apabila Gusto dilayangkan kad merah pada minit ke-58 selepas melakukan terjahan keras ke atas Lucas Digne sebelum Ollie Watkins menjaringkan gol kemenangan Villa 15 minit kemudian.

Sementara itu, Pochettino berharap barisan pemainnya supaya cepat matang dan bermain sebagai satu pasukan memandangkan rata-rata pemain Chelsea masih muda selain tidak ada pengalaman dalam Liga Perdana.

“Kami perlu bangun dan cepat matang sebagai satu pasukan, bukan sekadar mengharapkan individu. Memang kami bermain untuk menang, namun sekiranya pasukan masih muda, mereka memerlukan masa bagi mendapatkan pengalaman,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN