fbpx

5 ‘orang tengah’ bantu selesai kes pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Lima orang awam direman enam hari bermula hari ini hingga Ahad ini bagi membantu siasatan atas kesalahan meminta rasuah berjumlah RM3,000.

Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia lingkungan 24 hingga 30 tahun itu dibenarkan oleh Majistret Muhammad Fitri Mokhtar di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini.

Permohonan reman dibuat bagi siasatan dijalankan dibawah seksyen 16(a) (B) Akta SPRM 2009.

Semalam, menurut sumber SPRM, kelima-lima suspek lelaki terbabit ditahan di pejabat SPRM Negeri Johor di sini, kira-kira pukul 8 malam.

Difahamkan, kesemua suspek yang bertindak sebagai orang tengah bagi menyelesaikan satu kes kesalahan di bawah seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI