fbpx

Pencuri sport rim berjaya dirakam CCTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut.

KUALA LANGAT – Seorang pencuri tidak ubah cacing kepanasan apabila aksi jenayah termasuk melarikan sport rim kereta berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum tular di laman sosial semalam.

Berdasarkan beberapa video yang tular berdurasi 18 dan 30 saat memaparkan suspek dengan bersahaja mencuri di kawasan perumahan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, pihaknya mengesan beberapa video di laman Twitter memaparkan seorang lelaki telah mencuri di sekitar kawasan Telok Panglima Garang, di sini.

Katanya, hasil semakan mendapati pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 44 tahun pukul 5.19 petang kelmarin.

“Mangsa dikatakan telah kerugian dua biji sport rim kereta miliknya yang telah dicuri individu menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda berwarna biru.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.

Justeru, kata beliau, polis sedang mengesan suspek terlibat dan menasihati orang awam agar tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan polis.

Tambah Ahmad Ridhwan, orang ramai atau saksi kejadian boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat, Sarjan Zulfadzly di talian 016-4123834 atau Ibu Pejabat Polis Daerah ini menerusi talian 03-31872222. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI