fbpx

Hujan lebat di tujuh negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya hari ini berkata, kawasan di Pahang yang dijangka mengalami cuaca buruk adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub.

Ujarnya, beberapa kawasan di Perak seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang turut diramal cuaca yang sama.

“Di Selangor kawasan yang dijangka hujan lebat dan ribut petir adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Manakala di Kedah cuaca buruk yang sama hanya melibatkan Bandar Baharu,” katanya.

Tambahnya, seluruh Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut diramal ribut petir diikuti dengan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau)

Jelasnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI