fbpx

Anis Rizana wanita pertama dilantik Ketua Pengarah Kastam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anis Rizana.

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatat sejarah tersendiri apabila melantik Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin sebagai Ketua Pengarah wanita pertama menerajui jabatan berkenaan berkuatkuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, Anis Rizana memiliki pengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama 29 tahun dengan menjawat jawatan pertama sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan pada tahun 1994.

Katanya, beliau juga berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan import eksport, penyelidikan dan pembangunan dasar, ekonomi, pengurusan dan kewangan serta pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Kementerian Kewangan.

“Anis Rizana, 54 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Western Michigan University, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Pelantikan ini merupakan kali pertama bagi seorang penjawat awam wanita menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Kastam.

“Saya percaya dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki oleh Anis Rizana mampu menerajui agensi yang amat penting dalam pengutipan hasil kerajaan dengan cemerlang ke arah mencapai visi Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd. Zuki berkata, mewakili kerajaan beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Zazuli Johan di atas jasa dan khidmat baktinya kepada perkhidmatan awam terutama sepanjang menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Kastam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI