fbpx

Mayat wanita muda ditemui terdampar di pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUASANA di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka gempar dengan penemuan mayat seorang wanita di pesisir pantai itu pagi tadi.

MELAKA – Suasana di Pantai Puteri, Tanjung Kling dekat sini gempar dengan penemuan mayat seorang wanita di pesisir pantai itu pagi tadi.

Mayat tanpa identiti itu ditemui orang ramai kira-kira pukul 8 pagi dalam keadaan lengkap berpakaian dan tertiarap dengan sebahagian badan terbenam di dalam pasir.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sepasukan Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (D10) dan pegawai penyiasat telah ke lokasi sejurus maklumat diterima daripada orang awam.

Katanya, pemeriksaan ke atas mayat mengesyaki mangsa merupakan warga tempatan dan berusia sekitar 20-an.

“Kita sedang mengenal pasti identiti mangsa melalui cap jari, namun kita percaya si mati merupakan warga tempatan berdasarkan tanda suntikan BCG.

“Pemeriksaan lanjut terhadap tubuh badan si mati tidak menemukan sebarang kesan kecederaan mahu pun unsur jenayah berlaku,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, mayat si mati telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Kita minta mana-mana individu yang melihat kejadian untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI