fbpx

WhatsApp paling popular, Facebook kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Facebook antara platform media sosial paling digemari rakyat Malaysia. – Getty Images

PETALING JAYA – WhatsApp merupakan platform media sosial yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia, berdasarkan Laporan Banci Malaysia 2020: Kesejahteraan Penduduk (Hubungan Sosial) yang diterbitkan Jabatan Perangkaan semalam.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, Banci Malaysia 2020 memuatkan soalan tentang enam platform media social iaitu Facebook, WhatsApp, Instagram, X (dahulunya dikenali sebagai Twitter), LinkedIn dan Telegram yang dianggap platform paling banyak digunakan oleh 24.7 juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan lebih.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut, 16 juta orang (64.7 peratus) telah menjawab soalan mengenai akaun media sosial.

“WhatsApp mempunyai pengguna media sosial tertinggi dengan 86.5 peratus, atau 13.8 juta orang, manakala dua pertiga daripada responden (77.1 peratus; 12.3 juta) melaporkan menggunakan Facebook.

“Ini diikuti oleh 39.2 peratus (6.3 juta orang) yang menggunakan Instagram. Peratusan lebih kecil bagi responden yang menggunakan Telegram (23.2 peratus; 3.7 juta orang), X (11.7 peratus; 1.9 juta orang) dan LinkedIn (4.8 peratus; 0.8 juta orang),” katanya.

Mohd. Uzir.

Menurut laporan berkenaan, satu pertiga daripada pengguna WhatsApp (36.7 peratus) menetap di tiga negeri iaitu Selangor (14.1 peratus), Johor (13.1 peratus) dan Perak (9.5 peratus). Negeri yang sama juga merupakan pengguna Facebook, Instagram dan Telegram yang paling ramai.

Majoriti pengguna X berada di negeri maju iaitu Selangor, Johor dan Kuala Lumpur, manakala pengguna LinkedIn lebih ramai di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Johor Bahru mempunyai pengguna tertinggi bagi WhatsApp (695,998) dan Facebook (626,166) di peringkat daerah, manakala Petaling mempunyai pengguna Instagram (354,211) dan X (128,354) paling ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI