fbpx

Segalanya murah di Thailand, pelancong jadi ‘orang kaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Entah kenapa street food (makanan jalanan) di Thailand begitu diminati oleh ramai peminatnya di negara ini sehingga semakin banyak promosi untuk menggalakkan rakyat Malaysia merancang percutian ke Hatyai, Songkhla, Phuket atau ke Bangkok.

Percutian yang menjimatkan dan berbaloi bagi mereka berada di negara gajah putih itu membolehkan mereka menikmati pakej mampu milik serendah RM350 lengkap dengan kemudahan penginapan yang selesa selain dibawa melancong ke destinasi popular di sana.

Meskipun nilai ringgit semakin menyusut tetapi kuasa viral membuatkan negara jiran itu menjadi pilihan pelancong khususnya dari Malaysia untuk berbelanja besar kerana dengan nilai RM1,000 yang ada akan membolehkan anda menjadi ‘orang kaya’ untuk bercuti, menikmati makanan dan minuman termasuk pemanis mulut dengan harga murah selain membeli-belah tanpa sebarang halangan.

Itulah yang dialami oleh penulis ketika berkunjung ke Thailand baru-baru ini lantas memberi peluang untuk meneroka sendiri pengalaman mencari makanan halal yang sedap, popular pada harga yang berpatutan.

Benarlah kata neziten di media sosial, ia cukup berbaloi dan keterujaan menikmati makanan di sana membayangkan seolah-olah peniaga di sana tidak terkesan dengan kenaikan harga barang mentah khususnya makanan laut, beras dan lain-lain kerana menu yang dihidangkan sangat mewah.

Lebih menarik, kunjungan penulis ke sebuah pusat beli-belah utama yang terkenal di Kota Bangkok, Icon Siam memberi satu kejutan besar kerana tingkat bawah dalam premis mewah itu dijadikan lokasi jualan street food yang menjadi tumpuan pelancong asing.

Gerai jualan disusun unik tanpa mengira peniaga tersebut menjual makanan tidak halal dengan mempamerkan badan buaya dan khinzir panggang yang besar untuk tempahan pelanggan selain disebelahnya pula ada peniaga menjual makanan berasaskan makanan laut selain peniaga Islam disebelahnya pula menjual makanan halal.

Pengunjung menjamu selera dengan penuh harmoni, duduk berkongsi meja dengan pelancong asing yang sedang menikmati makanan tidak halal.

Selain itu, kunjungan wajib ke outlet 7 eleven di Thailand juga memberi keterujaan kepada rakyat Malaysia membeli pelbagai makanan selain produk penjagaan kecantikan dan kosmetik bersaiz kecil dengan harga yang murah.

Bersandarkan keghairahan tersebut, industri percutian di negara kini semakin terhimpit dengan persaingan hebat daripada negara jiran.

Kenaikan kos barang dan tekanan sara hidup telah membuatkan rakyat semakin letih dengan isu yang dipandang enteng oleh sesetengah pihak berkuasa maka rakyat cuba mencari alternatif di luar sempadan negara yang mampu memberi pengalaman percutian berkos rendah.

Jadi jangan terkejut bila negara mula kehilangan saingan dalam industri pelancongan pada masa depan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN