fbpx

Juragan maut bot bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SANDAKAN – Seorang juragan maut selepas bot dinaiki bertembung dengan sebuah bot penumpang yang dinaiki 12 individu dalam kejadian di Sungai Bungon pada Selasa lalu.

Mangsa lelaki warga tempatan berusia 42 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Ramasamy Kuppan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 3 petang mengenai kemalangan membabitkan dua bot di kawasan Sungai Bungon.

“Siasatan mendapati pelanggaran membabitkan dua bot iaitu bot penumpang yang membawa 12 individu yang dari arah Pulau Bungon ke Sandakan dan sebuah bot kecil yang dinaiki mangsa bersama seorang lagi individu dari arah bertentangan.

“Dalam kejadian itu, kedua-dua bot telah bertembung di satu selekoh sempit di Sungai Bungon dan pelanggaran ini telah menyebabkan kematian kepada juragan bot kecil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua bot cuba mengelak antara satu sama lain tetapi gagal kerana kedudukan dua bot yang terlalu dekat secara berhadapan dan keadaan selekoh@susur sungai yang tajam serta air cetek di kawasan tepi sungai.

“Kedua-dua bot mengalami kerosakan dan turut terbalik tetapi semua penumpang bot serta juragan bot penumpang berjaya menyelamatkan diri. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI