fbpx

Ebit Lew turut disiasat dakwaan merogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew dan Mondy Tatto.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew turut disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol atas laporan yang dibuat oleh pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, setakat ini pihaknya telah memanggil 13 saksi berhubung kedua-dua kes tersebut.

Katanya, lima hari sebelum Ebit Lew membuat laporan polis, pihaknya turut menerima satu laporan polis dakwaan rogol terhadapnya.

“Selepas sahaja tiba daripada di Malaysia, Ebit Lew membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya dan satu lagi laporan polis penafian terhadap kes rogol.

“Setakat ini, wanita warga Indonesia itu masih berada di dalam Malaysia,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai rampasan telefon milik Mondy, Shuhaily memaklumkan pihaknya mengambilnya untuk ketelusan siasatan.

“Kita ambil telefon Mondy untuk siasat. Memang ada peruntukan undang-undang bila ambil kita siasat pengisian sama dengan apa yang dicakap, masa kejadian dan lain-lain lagi.

“Kes masih dalam siasatan dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, polis telah merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan Mondy Tattoo berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar dilaporkan berkata, rakaman percakapan tersebut telah diambil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Selangor bagi siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI