fbpx

APMM lupus pelbagai jenis dadah bernilai RM27 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL Anwar Bachok (baris hadapan, tiga dari kanan) menunjukkan pelbagai jenis dadah seberat 1,301kg yang bernilai RM27 juta yang akan dilupuskan di Pusat Kualiti Alam, Port Dickson. Foto ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

PORT DICKSON – Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) hari ini melupuskan dadah pelbagai jenis seberat 1,301 kilogram yang bernilai RM27 juta.

Pelupusan dadah yang terdiri daripada jenis ganja, heroin, morfin, methamphetamine dan methylenedioxyamphetamine (MDMA) itu adalah hasil rampasan agensi tersebut pada tahun 2022 sehingga awal bulan September tahun ini

Rampasan tersebut dilakukan oleh Maritim Malaysia negeri Kedah dan Perlis, Zon Maritim Kuala Kedah, Zon Maritim Tanjung Sedili, Johor dan Zon Maritim Batu Pahat, Johor.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Khairul Anwar Bachok berkata, pelupusan dadah itu dilaksanakan selepas Maritim Malaysia menerima perintah rasmi mahkamah untuk dilucut hak setelah kes berkenaan selesai dibicarakan.

“Pelupusan dadah ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pembakaran melalui inkubator yang diuruskan oleh pihak syarikat Cenviro Sdn. Bhd.

“Kaedah ini telah dipilih kerana ia merupakan salah satu cara yang selamat dan berkesan untuk memusnahkan dadah yang dirampas tanpa mencemari alam sekitar,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Pelupusan Dadah Lucut Hak Maritim Malaysia di Pusat Kualiti Alam, Bukit Pelandok, di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Khairul Anwar, mengikut statistik pihaknya, sejak tahun 2008 sehingga bulan September tahun ini, terdapat 88 kes melibatkan sebanyak lebih RM168 juta nilai barang kes telah dirampas.

“Sepanjang tempoh itu, sebanyak 136 tangkapan telah dibuat melibatkan 86 warga tempatan manakala 50 orang warga asing. Pelbagai jenis dadah dirampas termasuk ganja, heroin, methamphetamine, Eramin 5, Yaba dan Ekstasi,” katanya.

Dalam pada itu, Ramli menjelaskan, bagi negeri Kedah dan Perlis rampasan dadah tersebut adalah melalui sempadan perairan antara Kuala Perlis dan Satun, Thailand.

“Kami mendapat rampasan dadah ini selepas membuat evolusi kejar mengejar dan barangan (dadah) telah dicampak ke laut. Pihak kami tidak berjaya menahan suspek yang terlibat dan proses ini selesai cepat di peringkat mahkamah.

“Kami percaya dadah dan syabu ini bertujuan ke pasaran negara ini dan destinasi berkemungkinan ke Pulau Langkawi dan Pulau Pinang untuk kegunaan zon utara,” katanya.

Bagi negeri Johor pula, Nurul Hizam berkata, dadah yang dirampas adalah bagi pasaran luar negara.

“Kami percaya Malaysia dijadikan transit untuk dadah ke negara jiran terutama negara Indonesia. Saya juga percaya destinasi terakhir negara lain termasuk Australia.

“Dalam kes ini, terdapat sembilan tangkapan yang melibatkan kawasan zon Maritim Batu Pahat dan Tanjung Sedili,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI