fbpx

Ahli keluarga warga asing diculik diselamatkan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily ketika berucap dalam sidang akhbar khas yang berlansung di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Ahli keluarga kepada seorang warga asing yang disyaki diculik sekumpulan individu berjaya diselamatkan pihak polis.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, individu terbabit diselamatkan pasukan Polis Ibu Pejabat Kontinjen Selangor dengan kerjasama IPK Pulau Pinang dan bantuan Bukit Aman.

Beliau berkata, siasatan mendapati warga asing itu terbabit satu urusniaga di negara ini.

“Kita (polis) menerima laporan berhubung kejadian culik ahli keluarga kepada seorang warga asing,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan diperincikan oleh Ketua Polis Pulau Pinang dalam satu sidang media, esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI