fbpx

[VIDEO] MHO bawa pulang mangsa scammer di Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian MHO di TikTok.

PETALING JAYA – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) berjaya mengeluarkan seorang lelaki tempatan dari perangkap sindiket pemerdagangan manusia di Myawaddy, Myanmar.

Menurut MHO, mangsa yang ditahan di Myawaddy, Myanmar itu telah dipaksa menjadi scammer bahkan diseksa dan dipukul teruk oleh sindiket di sana.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok milik Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, hasil usaha sama pihak berkuasa tertinggi Thailand terutamanya askar, Jabatan Imigresen dan polis membawa kepada kejayaan tersebut.

“Kami berjaya selamatkan mangsa yang kami cari. Terima kasih kepada pihak berkuasa tertinggi terutamanya askar, imigresen serta polis kerana turut membantu kami menyelamatkan mangsa.

“Mangsa telah dipukul dengan begitu teruk sehingga mempunyai lebam pada mata kiri dan kanan serta kesan hentakan kayu pada belakang badan. Selain itu, mangsa juga cedera kerana dicucuh dengan api.

“Alhamdulillah mangsa berjaya di bawa keluar. Justeru, saya ingin mengecam sekeras-kerasnya pihak kerajaan Myanmar kerana memperlakukan, bertindak secara keras serta tidak mempedulikan hak asasi manusia,” kata wakil MHO, Azirul Shafiq.

Sehubungan itu, Azirul juga menegaskan bahawa kerajaan Myanmar perlu memandang serius dan mengambil tindakan tegas terhadap sindiket yang semakin berleluasa di negara mereka.

“Saya harap agar kerajaan Malaysia juga mengambil tindakan sewajarnya terhadap Myanmar atas perbuatan mereka. Sindiket di Myanmar semakin berleluasa dan kita juga mempunyai akses terhad untuk menyelamatkan mangsa terlibat.

“Bagaimanapun, MHO bersiap sedia membantu mangsa yang memerlukan bantuan, dengan kerjasama pihak berkuasa tertinggi,” jelasnya lagi.

MHO ketika dihubungi Kosmo! berkata, mangsa dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) malam ini pada pukul 9.50 malam dan dijangka membuat perkongsian sewaktu berada dalam tahanan di Myanmar.

Nantikan berita selanjutnya malam ini. – KOSMO! ONLINE

@ihishamuddinhashimMHO yang diwakili oleh Azirul Syafiq telah berjaya menyelamatkan seorang warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myawaddy.

♬ original sound – Hishamuddin Hashim

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI