fbpx

[VIDEO] Dua maut, enam kenderaan terbabit kemalangan di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lokasi kemalangan membabitkan enam kenderaan di Presint 12 pagi tadi. - Foto oleh TURMADZI MADUN / KOSMO!

PUTRAJAYA – Dua maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Persiaran Utara, di sini pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kejadian dikesan berlaku kira-kira 10.20 pagi tadi di Persiaran Utara menghala ke Presint 12.

Menurutnya, insiden melibatkan dua buah lori selain dua buah kereta dan dua buah motosikal.

Bomba di lokasi kemalangan di Presint 12, Putrajaya. – Foto oleh TURMADZI MADUN / KOSMO!

“Sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dan Presint 14 dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI