fbpx

Caprice, Mondy sudah beri keterangan – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis sahkan telah rakam keterangan Caprice dan Mondy Tattoo semalam.

SUBANG JAYA – Polis sudah merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo berhubung laporan yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd. Fairus Jaafar berkata, rakaman percakapan mereka berdua diambil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Shah Alam bagi membantu siasatan.

“Dua individu iaitu Ariz Ramli (Caprice) dan Dita Restu Amanda (Mondy) telah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung laporan yang dibuat oleh Ebit Lew sebelum ini.

“Beberapa saksi lagi akan dipanggil untuk melengkapkan siasatan kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan polis akan mengambil keterangan Caprice dan Mondy untuk melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi dilaporkan berkata, pihaknya sudah menerima arahan lanjut bagi menyiasat kes tersebut hari ini.

Setakat ini hanya satu laporan diterima yang dibuat Ebit di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.

“Kita sudah mengambil keterangan daripada Ebit Lew dan akan merekodkan keterangan Caprice dan Mondy dalam masa terdekat.

“Proses itu merupakan prosedur bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor semalam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI