fbpx

Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang motosikal yang cedera dihempap pokok tumbang di Pusat Bandar 1, Seksyen 9, Kajang, hari ini.

KAJANG -Seorang lelaki cedera apabila motosikal yang dinaiki ditimpa pokok tumbang di Pusat Bandar 1, Seksyen 9, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 2.59 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota dan sebuah jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebatang pokok menghempap sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 mengakibatkan seorang lelaki tempatan mengalami cedera ringan.

“Lelaki tempatan berusia 33 tahun itu mengalami cedera ringan di bahagian kepala dan menunggu rawatan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tambah Mukhlis, kerja-kerja membersihkan pokok telah dilakukan oleh pihak bomba. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI