fbpx

PM nafi campur tangan DNAA Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (kanan) dan Anwar (kiri)

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan beliau campur tangan dalam keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Anwar, perkara itu telah pun dijelaskan melalui 11 alasan yang dikemukakan oleh Peguam Negara.

“Saya pilih untuk jawab. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) telah jelaskan perkara 145 (3). Ia tidak memuaskan semua pihak.

“Kita cakap hukum, keadilan, tetapi kita pula menghukum orang hanya dengan andaian,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri sebelum ini dilepaskan tanpa dibebaskan untuk 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membenarkan DNAA yang dipohon oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI