fbpx

Pembinaan ERCL capai kemajuan 50.29 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Projek ECRL dijangka siap pada penghujung 2026.

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai kemajuan sebanyak 50.29 peratus sehingga Ogos 2023.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tahun 2023 merupakan tahun puncak bagi pembinaan ECRL melibatkan kerja-kerja struktur utama.

“Ia seperti pemasangan rasuk (beam launching), pembinaan stesen dan pemasangan landasan (track laying).

“Pada masa ini, kerja-kerja pembinaan seperti pembinaan jambatan yang menggunakan jentera beam launcher, kerja-kerja pengorekan, kerja-kerja struktur dan pembinaan terowong sedang giat dijalankan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.

Anthony Loke berkata, kerja-kerja pengorekan terowong menggunakan kaedah Tunnel Boring Machine (TBM) untuk terowong Genting pertama telah mencapai 3.10 kilometer (KM), manakala terowong Genting kedua mencapai 4.29 KM.

Menurut beliau, jumlah panjang bagi setiap terowong Genting adalah 16.39 KM dan satu-satunya terowong berkembar bagi projek ECRL.

“Selain itu, sejumlah 25 terowong telah berjaya ditembusi setakat 25 Ogos 2023 termasuk 21 terowong di Seksyen A dan Seksyen B, manakala baki empat terowong adalah di bawah Seksyen C.

“Pada masa ini, tarikh penyiapan projek ECRL dari Kota Bharu, Kelantan sehingga ITT Gombak, Selangor masih kekal seperti yang dijadualkan iaitu pada 31 Disember 2026

“Manakala dari Gombak sehingga ke Pelabuhan Klang di negeri Selangor dijangkakan akan siap pada 31 Disember 2027,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI